im big enough

POSTED ON: Friday, 16 May 2014 @ 11:30 | 0 comments


Hi assalamualaikum *lambai tangan* lama tak ngepdate belog well ialls busy lah uruskan borang matrik. haa matrik haaa pegherlihh. jauh katekoooo tp takpa demi BELAJAR!!!

So at first dpt tahu tak dapat upu/poli, tak rasa apapun. lek je goyang kaki sebab memang mak pak suruh p matrik sana. so i told adib tak dpt u & he was like "yeke erka? tipulah. cakap ah betul betul" ek eleh mamat ni ingat gua main main ke? heh so cq teghuih ja bukak web kmp nak terima tawaran. & why haa ramai dok bising kata matrik tak baguih lah bosan lah tak freedom lah apalah then nk gahhhh kan u depa semua adehhhh kalau dpt u bagus cmana pun tapi tak belajar, tak usaha, tak kemana jugak beb. semua dtg dari hati. kalau hati hampa semua bersaghang memang semua negetip lah hg pikiaq.




"kaa, dpt matrik mana?"

"alah, pegherlihh ja beb. hg?"

"wuihh jauhnya hujung utagha sana. kau tk rindu family ke tho?"

"memang jauh pun tp nk buat mcm mana bukan aku yg mintak kt sana tho pfft. depa yg bg tghima jalah. family? rindu memang rindu tp tkpa Allah ada jagakan depa utk aku"

"kau ni kuat semangat kan? baguslah. kalau aku, aku nk kt pilah jee"

"aku ni dipaksa utk jadi kuat. kalau tak kuat nnt aku lemah. sampai bila nk duduk pilah? tknk merantau? nk dkt dgn mak pak hg jugak ka? bawak bawak keluaq sikit dr tmpt kita ni. hg masuk ja lah kelantan sana. timba ilmu byk byk. blajaq dkt tmpt oghang. nnt kita sambung degree sama sama"

"hmmm ok thanks fr the advise erka"

"tu advise dr Tuhan"

*emoji smiley ada 6" ^^

hehe


haaa sini nk habaq mai. kemana ja hampa nk blajaq, hampa blajaq lah kerana Allah. niat dekat hati. lekatkan kt hati semuanya utk Allah. biar Allah redha sepanjang kita blajaq kt u/poli/matrik/form6. toksah dok kata "apa barang form 6 cam budak sch ja kena bangun pagi" amboi hg nampak nauuu tak bangun subuh. opppsss. cik kak cik bang hoi semua tempat kena bangun awal beb hg ingat budak sch jaa kena bangun awai? pigidah -,-

benda negetip ni tolak tepi sat. kita nak timba ilmu dahni. kosongkan kepala otak hg yg bersaghang syaitonnirrajim tu eh eh. install yg baghu utk study. nnt boleh dpt 4 flat. eh? hm ya memang cq ngaku pegherlih tu jauh dr mak pak cq. tapi cq tgh kuatkan semangat. cq p sana pun sebab nk blajaq jaa. nk gali ilmu Allah. ilmu dunya. bila nk sedapkan hati mak pak, cq just cakap " kekka pegi perlis kelak jgn risau dgn kekka. makan minum kekka, pakai kekka semua sikboh risau. inshaaAllah kekka boleh uruskan sendiri" *tarik nafas dalam dalam* hm biar sedap sikit hati depa. kalau tak dok pkir jaa haish sian

"kaa, hati tu sapa?"

"hati tu yg ada kt dalam badan engko tulah"

hehe

wahai hati, saya dah nak pergi dahni. perlis. negeri sembilan. jauhhh. jauhhhh sangat. semua kata kata awak dalam 4 helai kertas tu, akan saya turuti inshaaAllah. 4 beb lu ada? lol. hmmm at first baca rasa biasa jaaa. cakap sensorang "ecehhh mamat ni jet jet suwit pulokk. wuuuwuuhhhh ayat berbunga berdahan berbuah woiii" hahah tp sampai page 2 kot ayaq mata lajuuu ja kluaq. tak sempat nak tahan. eh? xD hmm awak jangan sedih sedih jangan risau risau saya okay kt sana. saya belajar je kt sana. okay? bak kata awak setahun je kt sana tak lama pun. ye hg habaq centu boleh ah yg tanggung rindu macam gunung everest nya aku odododoiiii

"kalau kau lost contact cane?"

"kalau kau suka orang lain cane?"

inilah iblis yg selalu berjihad utk jatuhkan imanku

*jatuh kerusiiiiii

"kalau aku lost contact dgn dia, tu namanya masing masing tgh cari ilmu. dia ada hal. aku pun ada hal. kalau aku suka org lain? aku rasa aku AKAN suka org lain tapi just "kawan sematrik, sekelas" tp dia lain. aku sayang dia kerana Allah. Lillahitaala. kami jarang jumpa. k ni tak tipu *angkat tangan* sebab apa? sebab aku tknk dia muak dgn muka aku. biarlah aku simpan dulu. nanti dah lawo cam lisa surihani ke, irma hasmi ke baru aku jumpa kahkah"

"kalau takda jodoh dengan dia?"

*diri kt tingkap. pandang luar

"kalau takda jodoh takpa. kena redha kalau dia bukan jodoh kita. Allah sebaik baik perancang. sebabtu aku nk delete semua history life aku yg jahil dulu. tgh merangkak lagi ni cari nur-Nya. jomlah sama!"

*belakang ditepuk tepuk

"thanks ajak aku berubah erka. sayang kau"

"welcome! jomlah sama sama. aku dulu bukan baik pun. kalau tkda zamna jahiliyyah, aku takkan jd yg terbaik utk masa depan aku. sebab zaman jahilliyah kitalah yg mengajar apa itu erti 'kehidupan' "

*dipeluk kawan


awak, kita sama sama tgh cari ilmu. sama sama kena struggle. awak pun jangan leka sgt dekat u. even 3 tahun. jgn leka dgn hal dunya sgt. thanks ya kenalkan saya dekat family awak. saya malu masa mula dulu. tapi demi ukhwah antara keluarga, saya padam perasaan malu tu, heeee. thanks kenalkan dgn mokcik pokcik saudara mara semua even ada yg dok kata itu ini tp takpa. we need to prove them that we can!!! doakan senjata so doa byk byk tawww!!!!

*gigit jariiiii

sekarang ibu awak dah macam ibu saya. ayah awak dah macam ayah saya. abang awak dah macam abang saya. akak awak dah macam akak saya. adik awak dah macam adik saya. anak buah awak dah macam anak buah saya. haa sweet gitu dodododoiiiii. tak, ceni, kalau nak anak kena jadikan family dia cam kawan gak biar rapat. kang kawin bukan kawin dgn anak depa ja. kawin dengan semua family dia so be strong kihkih

kisah silam antara kita, kita jadikan pengajaran. awak jgn jd taiko lagi jgn jk jk!!! jaga keluarga. jaga imaan. jaga ikhtilat. jaga adab. jaga aurat.SOLAT!!!! TAHAJJUD!!! puasa kalau larat. isnin dgn khamis je beb. 2 hari je tak melantak alah tu pun berapa jam je kata nak imaan sado ngeh ngeh. so thanks for everything ya thanks jaga saya juga thanks utk semuanya lah senang cghita. for sure awak tk dpt dtg perlis sana. heee takpa doakan saya selamat dkt negeri org tawww!!!

Syukran jiddan!!!!

Ana uhibbuka jiddan fillah fiddunya wal akhirah wa fil jannatullah :))

#matrikulasi #perlis


ego

POSTED ON: Tuesday, 6 May 2014 @ 11:00 | 0 comments

Assalamualaikum

hm terasa nak membebel panjang. tapi tktahu apa yg nak dibebelkan. ada certain cerita aku dok suka share dgn readers & certain i need privacy too beb. peace

aku ni ego.
aku ni ego.
aku ni ego.

tak nafikan lah memang betuiii cq ni ego

eh lupa! cq dapat matrikulasi perlis. gahhhhh jauh noo tu but then hati tak kasi pergi
dia kata jauh sgt nanti terlalu rindu & risau kt cq
wuuwuuhhh nampak naaa hg sayang cq kan hati?

*nah jantung

back to ego

i thought sapa yg kenal cq memang depa semua dah taw masak masak yg cq ni memang ego tinggi
gunung kinabalu. bulpss
& yahhh cq susah nak look serious in relationship. cq watlek watpeace jaa gelak gelak buat buat tktaw kenakan orang yg cq sayang buat dia marah sakit hati apa semua hahaha alah finally bila dia memang beteiii marah, ego dalam diri mula tumbuh meliar. lol pity me. iman lemah ni erka lemah ni lemah ni

*tepuk dada


even tu semua salah cq tapi tah ego kan apapun takleh senanya. & sapa dok dapat bertahan dgn cq memang cq hadiahkan dia audi ah. Eh? hahaha. mengharap kt dia lagi ke erka? hmm entahlah. kang kalau mengharap, sakit hati pulak tgk dia dengan cinta hati gedebom dia tu so watcool watcool ramai lagi spidey kt luar sana lewls. kata nak tunggu si tahfiz tu so keep calm & lets pray erka yahhh chayyok!!!

*lompat katil


in progress nak slow down kan ego. still. paksa diri. semua benda nak kena paksa senanya kalau tak memang tak kan jadi sbb badan ni takleh di manja nauuuu, kannnnnnn. istiqomah dalam ibadat tu paling penting kalau nak yang baik buat kita. nak anak cam pak arab mak arab ni. kening tebal. lawa hensem. nak pakaikan tudung, telekung, kopiah serban wowwww!!!! ouch sabar hati sabar hati

*duduk dekat sudut bilik
*tunduk

hmmmmmm

Allahumma Ameen :)


*cerita kali ni bosan sebab takda mood. mood dalam bakul, k

#retak




POSTED ON: Friday, 2 May 2014 @ 14:00 | 0 comments



Hati.

Mana kau?

Hatiku dibuai dengan bayang bayang, kau

Ke sini kau.
Ke situ kau.

Ke mana aku pergi, semuanya kau.

Apa kau buat dengan aku

Sampai semua kerja yg aku buat, semuanya diganggu oleh kau
Wahai bayang bayang yg menipu hidupku

Kau hantui hidupku semula

Tak!

Hatiku tak tipu!!

Wahai insan yang bergelar lelaki
Wahai insan yang bergelar Adam
Wahai insan yang bergelar manusia

Mohon

Jangan kau hantui hidupku

Jangan kau datang kembali ke dalam hidupku

Yang dibuka dengan halaman yang baru

Ditulis
Dilakar
Dilukis

Dengan kehidupan yg bakal indah, kelak

Pergi!

Pergi dengan kehidupan kau yg membahagiakan kau sekarang
Usah kau lilit hidupku!

Semailah kasih kau & dia dengan cinta Allah

Semailah sampai ke tahap yg diredhai-Nya

Aku suka lihat kau suka
Aku bahagia lihat kau bahagia
Aku sedih lihat kau sedih

Hati aku

Takboleh ditipu lagi

Aku sayang

Sayang akan hubungan kita

Yang dulu

Aku hanya mampu tersenyum mengingati semua memori, tragedi, permusuhan

Tentang

“Kita”

Kelakar!!!

Semua yg “kita” hadapi semuanya “kita” yg bina

Semuanya “kita” yg selesaikan

Indah

Ya Allah indahnya wahai hati ♥

Tapi kini…

Hati!

Mana kau?

Hati yg dulu kumiliki

Pergi begitu saja disebabkan dgn

“SALAH FAHAM”

Susah nak jaga dua hati

Perit L


Kini,

Dia yg maha Esa

Maha Agung

Maha Mengetahui

Maha Mendengar

Segala rintihanku

Aku dapat rasakan

Dia telah menyentuh hatiku

Dengan penuh Kasih & SayangNya

Pada hamba yg jahil & leka dgn dunyawi ini

Aku bersyukur

Kau gertak hatiku supaya terus taubat & terus taubat

Dunya!!!

Bayang bayang aku sahaja

Akhirat!!!

Diriku yg sebenar



 Wahai insan yang pernah menyayangi diriku, aku mahu kau tahu, bahwa ku tidak pernah melupakanmu walau apa jua cara yang telah kau lakukan. Simpan sahaja semua janji janji manis yang ingin kau kotakan padaku. Jadikan janji manismu itu sebagai satu pelita hidup kita yang dulu & jadikanlah ia janji yang baru buat teman hidupmu yang kini. Jagalah dia. Jagalah perasaanya. Jagalah kehormatannya. Jagalah keaibannya. Raihlah cinta Allah sebelum kau raih cinta manusia. Satu sahaja yang ingin kukatakan. Aku rindu “kita” yang dulu J Allahu Rabb  




you

POSTED ON: @ 10:30 | 0 comments

kau. aku. manusia.
manusia yg dicipta Allah utk sujud padaNya.

tak cukup lagi apa yang aku dok explain pepanjang tu? keee nak aku explain lagi?
kita dah lama kenal. since kau form 5 eh? eh kira lama tu :O
dulu kita kenal, kenal kenal camtu ja sbb kau budak hostel. pandai. tahfiz. eh?
macam mana aku kenal kau? kau yg ambil no phone aku kt farid. betui dak?

*jatuh kerusi

hg nak taw hg layan aku macam mana masa tu? baik! baik sangat hg layan.
cq taktaw nak cakap apa memang baik. terjaga even cq dok kt rumah ja hihi
alah hg bukannya layan cq sgt pun time hg form 5 kan? sbb hg busy dgn spm hg masa tu.
takpa cq tak kesah pun & cq takda apa perasaan pun kalau hg takda

tapi lepas hg habih spm, kita selalu contact. ye dak?
cq ingat lg lepaih ja hg habih last paper, hg call cq hg kata hg dah freedom
freedom? freedom sgt sampai dok teghiak teghiak macam orang ilang akai hihi

kita lost contact, sbb hg masuk plkn kan?
sbb hg dah jumpa dunia luar kan?
sbb hg jumpa kwn baru kan?
sbb tu hg tak call cq time kt plkn.
eh cq tak jealous haih
cq happy tgk hg happy
happy tgk hg botak

*senyum sinis

habih plkn hg buatpa ha? cq lupa -,-
hg kerja ka?
haa betui lah hg kerja. kt giant sana kan?
yg hg dok suka kt akak cashier tu kan?

*jeling


haa start dr situ kita dah lama makin rapat
like brother sister
yeah
contact punya contact
hg dah masuk um
nun kelantan sanah
jauhhhhh :(


ingatkan dah taknak contact
Alhamdulillah contact

kita dah selalu contact
gelak sana sini
cakap sarawak sama sama
suka duka
jealous tak tentu hala
marah macam orang ilang bini
datang rumah salam perkenalan dgn keluarga
walaupun tak selama mana
cq tetap malu
semua dok staring at me
why?
tak pernah tgk perempuan ka

*cuci hati

bulan ke bulan
minggu ke minggu
hari ke hari
masa ke masa

HAMBAR

apa puncanya wahai hati?

*jatuh kerusiiii

cq kot
erkha
erkha
erkha
buat hal
KOT
tapi memang ya
tah
betui dak?

disebabkan sidia kot
cq tak layan dia
tapi cq bukan buat apapun
cq bukan tak layan
layan ja
tapi dah tak macam dulu
sebabtu kau tertanya tertanya
kan?

cq rasa cerita kita tergantung sampai sekarang
since cq masuk plkn pun hg memang larikan diri dari cq

*oppsss

balik dr plkn
cq dok cari hg
twitter
facebook
instag
apa lagi?
itu ja

Alhamdulillah
hg bahagia
cq scroll
oh ada lagi yg lebih baik nak jaga hg
ada lagi yg lebih berilmu nak jaga hg
ada lagi yg lebih matang nak jaga hg
Aku?
REDHA
PASRAH

mungkin ni balasan cq kot masa cq kt sarawak sana
takpa. memang patut cq kena macam ni
sebab tak nampak
kasih
sayang
cinta
ikhlas
setia
hg dekat diri cq yg jahil ini, Allahu
terima. terima. terima. walau hati tak seindah kata
terima walau hati gundah gelana
terima semua ketentuan Tuhan

sekarang ni hg dah taw ceritanya pasaipa cq tak layan hg SANGAT masa cq kt sarawak?
dah taw dah?
sebab tujaaa.
sebab cq nak happy
taknak orang kacau
mungkin cq terlalu girang
terlalu terkejut
terlalu gayat
jumpa sidia yg hanya insan biasa macam hg

its okay
just go on with your life right now. take a good care dgn sidia (muslimat yg paling rapat dgn hg)
siapa tak terasa kan? eh dak aih cq tak terasa pun tapi sikit jaa lah. secubit garam haaa hak tu jaa (:

apapun terjadi
cq tak lupapun apa yg hg penah buat kt cq
cq tak lupa hg
tak
tak pernah
takpa, hg buatlah apa hg nak buat
yg penting hg jaga diri hg
ingat Allah
solat
tahajjud
puasa
jaga keluarga
ibu
ayah
amsyar
aiman
mak & keluarga


#sidia





berubah. semua boleh!

POSTED ON: Wednesday, 30 April 2014 @ 08:00 | 0 comments





Allah tahu apa yg ada dlm hati setiap manusia. So spend most of your time talking to Him instead of others.
"Ala bizikrillahi tatmainnul Qulub"

Jika dengan air mata itu mampu menguatkan kembali diri,
biarkan air mata tu mengalir… jangan dikesat :)

Don’t expect other people to understand you completely. Sedangkan kita pun tak faham diri kita sendiri :)
Beri peluang :)

Everyone deserves a second chance. Even chances. Manusia tu tidak sempurna. Beri peluang untuk perbaiki diri. InsyaAllah.
Jika Allah sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat, berubah jadi lebih baik, jadi siapa lah kita nak me-limit kan peluang seseorang tu? :)

Kadangkala, sesuatu perkara itu akan berulang kali terjadi,
hingga kita betul-betul belajar darinya :)
Maha Suci Allah..

izinkan aku menangis??

POSTED ON: Tuesday, 29 April 2014 @ 22:32 | 0 comments




Aku ingin menangis seketika,Mengenang diri yang semakin dewasa ini,Hidup kita sememangnya tidak sempurna,Tetapi hakikatnya kita perlukan kesempurnaan untuk hidup....
Sekali lagi aku terjatuh dan terjatuh..Tak mampu lagi nak bangkit menyuarakan apa yang tersirat dalam qalbu..Hanya mampu berdiam diri ketika diri sendiri di persalahkan setiap hari..Aku biarkan semua ini terus berlalu dengan sekelip mata..
Sekali lagi berlaku dan terus berlaku..
Adakah aku cukup kuat untuk bertahan dan terus mempertahankan semua ini ?Sampai bila hati akan jadi sebegini?Memendam rasa hingga penghujungnya?Bukan ini yang aku mahukan dari sebuah kehidupan.. 
Kebahagiaan yang ingin dikecapi hanya mimpi…Sesekali aku takkan pernah nyatakan apa yang aku inginkan .
Izinkan aku terus menangis...Kenapa harus aku menangis dan terus menangis? 
Adakah aku sedang bermain dengan emosiku sendiri?Atau aku sedang asyik melayani mimpi disiang hari? 
Inilah dugaan yang harus aku tempuhAku kuatkan diri menghadapi ini semua.. 
Biarlah dengan kata orang..Aku tetap akan teruskan kehidupan didunia yang fana ini….Kerana aku tahu tiada kehidupan yang lebih bahagia..Melainkan di akhirat sana kekal abadi 
Izinkanlah aku terus menangis di dunia ini…Kerana aku tahu satu hari nanti tangisanku ini bakal terhenti…



Jazakallahukhoir

juh blaja bahasa sarawak!! ^^

POSTED ON: @ 01:07 | 0 comments





"eh beb. ajar bahasa sarawak sikit. nanti senang nk usha org sarawak"
"erkaaaa, ajarlah bahasa sarawak"
"kaaa, best jugak belajar bahasa sarawak ni. ajar lagi"

*garu kepala*

aku takdalah pandai sangat bahasa sarawak ni. disebabkan mak org sarawak. kampung kt sarawak, jadilah sarawakian sikit ehekz. em ha'ah mak org sarawak. sibu. ayah nesmilan beb. waghih!! hahah. 

sebenarnya bahasa sarawak, banyak weh. 
banyak. bukan based on one bahasa tu ja.
kalau hampa semua dtg sarawak ka sabah ka confirm hampa semua kalut dgr bahasa diorg.
aku org sarawak pun ada gak bahasa yg aku tak faham.
like iban. kelabit. kenyah. bidayuh. melanau. 
then every kaum ada bahagian dia.
like melanau. melanau vaie lain bahasa dia. melanau mukah lain. melanau igan lain. melanau daro, melanau dalat semua lain!!

*gigit bantal* 

macam mana nak mula?
nahhh

1. Kamek  - Saya
    Kitak - Awak

    Ayat : Kamek  suka ngan kitak ewhh
    Maksud : Saya suka dengan awak laa

2. Sidak nya - Mereka

    Ayat  :   Sidak nya udah pergi tek
    Maksud : Mereka sudah pergi tadi

3. Nya  -  Dia

    Ayat : Badan nya kurus alu
    Maksud : Badan dia kurus sangat.

4. Sia - Itu

    Ayat : Sia nya kitak empun buku.
    Maksud : Itu dia awak punya buku.

5. Sinun - Sana  # Menunjukkan sangat jauh

    Ayat - Nya main bola dekat sinun
    Maksud : Dia main bola dekat sana

6. Sitok - Sini

   Ayat : Mak nyuruh kitak main bola dekat sitok ajak.
   Maksud : Mak suruh awak main bola dekat sini sahaja.

7.  Ngegeh - Gedik

     Ayat : Ngegeh mena ompuan ya ewhh..
     Maksud : Gedik betul perempuan tu..

8. Aok - Ya

   Ayat - Aok, kamek belum tepon nya gik.
   Maksud : Ya, saya belum telefon dia lagi..

9. Sik ada / Sekda - Tidak ada..

    Ayat : Sik , bukan kamek nok ngambik barang ya tek..
    Maksud : Tak , bukan saya yang ambil barang tu tadi..

10.  Iboh - Jangan

       Ayat : Iboh kita ngaco nya..
       Maksud : Jangan awak kacau dia..

11. Kelakar - Bercakap

      Ayat : Kamek mok kelakar ngan kitak kejap sebab kamek bosan..
      Maksud : Saya nak bercakap dengan awak sekejap sebab saya bosan.

12. Cali - Lawak

     Ayat : Cali mena muka kitak ya..
     Maksud : Lawak betul muka awak.


13. Manas - Marah

      Ayat : Aieeee , iboh laa manas kelak cepat tua..
      Maksud : Laaaaa, jangan laa marah nanti cepat tua..

14. Sine - Mana

     Ayat : Sine mok carik alatan sekolah ?
     Maksud : Mana nak cari alatan sekolah ?

15. Kacak - Cantik/ Hensem

     Ayat : 1. Kacak mena pemandangan dekat sitok..
               2. Kacak mena ompuan tadik ya ewhh
     Maksud : 1. Cantik betul pemandangan dekat sini..
                     2. Cantik betul permpuan tadi tu..

16. Dibah - Bawah

     Ayat : Pusak ya ada dekat dibah meja..
     Maksud : Kucing tu ada dekat bawah meja..

17. Nyaman  - Sedap
  
      Ayat : Masakan nok mak kamek masak anang nyaman..
      Maksud : masakan yang mak saya masak memang sedap..

18. Tikam - Baling/ Lontar

      Ayat : Iboh tikam sampah ya dekat luar penjan..
      Maksud : Jangan baling sampah itu dekat luar tingkap.

19. Kenja / Kenjit / Ranggat - Gatal

      Ayat : Iboh mok mengenja dekat sitok..
      Maksud : Jangan nak menggatal dekat sini..

20. Angol - Pening

     Ayat - Angol palak kamek dengan olah kitak
     Maksud - Pening kepala saya dengan perangai awak

21. Nerais - Jerit

       Ayat - Iboh nerais kuatkuat
       Maksud - Jangan jerit kuatkuat

22. Inggar - Geram

       Ayat - Inggar sa nyawa kamek
       Maksud - Geram rasa hati saya

23. Nginang - Pelihara

       Ayat - Kamek nginang pusak
       Maksud - Saya pelihara kucing

24.  segal / Tegal  : Disebabkan. 

       Ayat : Segal nak makey hp mahal snggup nak brabis duit gaji bulan tuk.
       Maksud : Disebabkan nak pakai hp mahal sanggup nak habiskan duit gaji bulan ni.. 

25. Mutit -Kutip

      Ayat  : Bagus belajar rajinrajin mun sik kereja mutit sampah
      Maksud : Bagus belajar rajinrajin kalau tak kerja kutip sampah


26. Pelanpelan - perlahan


      Ayat : Pelanpelan embak keta
      Maksud : Perlahan bawa kereta

27. Nyerin - Bingit

      Ayat :  Nyerin nar bunyi radio di pasang ktk ya.
      Maksud : Bingit betul bunyi radio di pasang awak tu.. 

28. Menjus -Bermasam muka

      Ayat : Kenak muka kitak menjus ?
      Maksud : Kenapa muka awak masam ?


29. Gerek - Pakwe / Makwe


       Ayat : Kamek sayang ngan gerek kamek
       Maksud : Saya sayang dengan pakwe/makwe saya


30.  Ngindin - Tumpang sekaki


       Ayat : Ada duit tapi sik meli makanan kedirik pakeinya.. Ngindin jak kereja nya..
       Maksud : Ada duit tapi tak beli makan sendiri untuk dia.. Kerja tumpang orang saja..

31. Dudi - Kemudian

      Ayat : Hal ya dudi dolok laa
      Maksud : Hal itu kemudian dulu laa

32.  Mengambor - Berselerak / Bersepah


      Ayat : Coba kitak susun barang kitak ya mengambor alu
      Maksud : Cuba awak susun barang awak tu berselerak betul

33. Tertilit-tilit - Mengintai

       Ayat : Apa yang kitak tertilit-tilit anak dara orang ya  sik bagus ewh.
       Maksud : Apa yang awak intai anak dara orang tu tak bagus laa..

34.  Belon - Kapal Terbang


       Ayat : Angol palak kamek lekak nait belon
       Maksud : Pening kepala saya lepas naik kapal terbang


35. Lejuk - Bosan


      Ayat : Lejuk kamek mok nangga cita ya..
      Maksud : Bosan saya nak tengok cerita tu.


36. Jerak - Serik


      Ayat : Jerak udah kamek mok bergerek gik mala kenak bulak jakjak
      Maksud : Serik sudah saya nak berkapel lagi selaku kena tipu je.


37. Itok - Teringat tak hentihenti


       Ayat : Itok kamek dengan bekas gerek kamek
       Maksud : Teringat saya dengan bekas bf/gf saya.

       


Yang ni pulak tak ada contoh ayat :

1. Tedah - Kesian
2. Kepak - Letih
3. Kayokayo - Kehulu kehilir
4. Plente - Bergurau
5. Pozer - Peniru/ Ciplak
6. Gai / Ucak - Poyo
7. Ilek 1 - Rehat
8. Ilek 2 - Sabar
9. Dolok - Dulu
10. Agik - Lagi
11. Nok ya - Yang itu
12. Madah/ Padah - Bagitahu
13. Kinektok - Sekarang
14. Biak - Budak
15. Nembiak kecik - Budak kecil
16. Tukuk - Ketuk
17. Congek - Kuat nangis
18. Jaik - Jahat / Hodoh
19. Sigek - Satu
20. Duak Igek - Dua
21. Tiga igek - Tiga # continue sampai sembilan sahaja
22. Ceridak - pengotor
23.  Ngereco - Bercakap dengan banyak atau bising
24. Tebik / Ponek - Kempunan
25.  Anang mancalmancal - Memang nakalnakal
26.  Jerak - Serik
27. Gago - Sibuk
28. Gula batu - Gulagula
29. Leput - Lemah
30. Layap - Leka
31. Nangga - Tengok
32. Polah- Buat
33. Engkah - Letak
34. Apakah - Macam apa.
35. Aruk - Goreng
36. Ngelepar - Berjalan
37. Lawa - Sombong
38. Perei - Ketawa tak hentihenti 
39. Acap - naik air mcm bnjir.
40. bedengah - Menunjuknunjuk 

41. sepetar - Hospital
42. Selauk - Seliuh
43. Jeraya - Jalan raya
44. Ari marek - Kelmarin
45. Tukuk - Ketuk
46. Paluk - Pukul
47. Manok- Ayam
48. Pusak - Kucing
49. Asuk - Anjing
50. Gadong - wana hijau
51. Tergelei-gelei - Lu pikirlah sendiri
52. Merinsak - hidup yang susah 
53. Tersimbak - Terangkat
54. Terbelak - Terkangkang
55. Paloi - Bodoh
56. Palat - Tikam belakang ( Backstabbers)
57. Empengo - muka blurr
58. Anak raja - Pelangi
59. Pakei - Pakai
60. Pikei - Fikir
61. Dapo api - Tempat memasak
62. Api - Lampu/ Api


gahhh penat woiiii
bayar bayar
hihi
Banyak lagi bahasa Melayu Sarawak selain dari kat atas tu
malas nak listkan semua
and bahasa Sarawak ni huruf  ' R' ditebalkan.


#gadissarawak


senanya rindu time pegi damai dgn dia. thats y letak hahaha kbye



← Older / ♥ back up ♥
A caliph of Allah